TERMA & SYARAT

1. Pengenalan

o Dengan menggunakan laman web dan membeli produk kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini. Kami berhak untuk mengubah suai terma ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal.

2. Penggunaan Laman Web

o Anda dilarang menggunakan laman web ini untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, menipu, atau membahayakan orang lain.
o Dilarang mengakses atau cuba mengakses maklumat peribadi pelanggan lain tanpa kebenaran.
o Sebarang percubaan untuk menggodam, mengubah, atau mengganggu operasi laman web akan dikenakan tindakan undang-undang.

3. Pesanan dan Pembayaran

o Semua pesanan dianggap muktamad selepas pembayaran diterima sepenuhnya.
o Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan dalam talian, dan e-wallet yang dinyatakan dalam laman web.
o Harga yang dipaparkan termasuk cukai yang berkenaan tetapi tidak termasuk caj penghantaran, kecuali dinyatakan sebaliknya.
o Sekiranya berlaku kesilapan dalam harga atau maklumat produk, kami berhak untuk membatalkan pesanan dan memaklumkan pelanggan.

4. Penghantaran

o Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan dalam laman web kami. Sebarang kelewatan yang disebabkan oleh faktor luar seperti keadaan cuaca atau masalah logistik bukan tanggungjawab kami.
o Pelanggan bertanggungjawab untuk memberikan alamat penghantaran yang tepat. Kami tidak bertanggungjawab jika pesanan tidak diterima akibat alamat yang tidak tepat.

5. Hak Milik Intelek

o Semua kandungan di laman web ini termasuk teks, imej, reka bentuk, dan logo adalah hak milik Colour Vibration Therap dan tidak boleh disalin, diterbitkan, atau digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
o Sebarang pelanggaran hak cipta boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Pemulangan & Bayaran Balik

o Produk hanya boleh dipulangkan jika terdapat kecacatan pengilangan dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan.
o Produk yang telah digunakan, diubahsuai, atau rosak akibat kecuaian pelanggan tidak layak untuk pemulangan.
o Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan pemulangan diterima dan diluluskan.

7. Penafian & Had Liabiliti

o Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kecederaan, atau kehilangan yang timbul daripada penggunaan produk kami.
o Semua maklumat yang disediakan dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan profesional.
o Kami berhak untuk membatalkan pesanan atau menolak perkhidmatan kepada sesiapa sahaja atas budi bicara kami.

8. Undang-undang & Bidang Kuasa

o Terma dan syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah yang berbidang kuasa di Malaysia.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma dan syarat ini, sila hubungi kami di:

  • Email : cvttherapy@gmail.com
  • No Tel : 03-55233109/012-9765907
  • Alamat : 28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.