Prof. Dr. Norhisham Wahab

Pengasas CVT & Ketua Pegawai Eksekutif CVTSB.

PENGENALAN

Prof. Dr. Norhisham Wahab dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21hb April 1960. Ayah beliau merupakan anak kelahiran negeri Pahang Darul Makmur, manakala ibu beliau berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tahun 1996. Menjadi Pengerusi dan pengarah di sebuah syarikat perubatan alternatif dan holistik iaitu di Syarikat Castle Trillion (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Maluri, Cheras. Bermula dari situ, tercetusnya minat dalam bidang perubatan secara serius setelah berjaya memajukan syarikat berkenaan dengan jayanya. Kerjaya beliau yang amat disenangi oleh beliau hingga kini sebenarnya bermula dari galakkan dan nasihat daripada pengasas syarikat berkenaan iaitu Dr K.L Tan.

LATEST ACTIVITY

We are here to deliver first aid products

192

Specialized laboratories in 16 states

4352

Laboratory & diagnostic specialists

Tahun 1998 . Oleh kerana peluang untuk melanjutkan penyelidikan dalam bidang perubatan agak terhad di dalam Negara pada ketika itu, beliau telah memilih untuk mencari ilmu dan pengalaman baru di luar Negara, kesempatan bekerja dengan beberapa buah organisasi perubatan dan beberapa orang profesor di beberapa buah negara di Eropah telah membuka peluang untuk mengkaji dan meneliti setiap penemuan yang pernah dilakukan di tanah air. Ketika itulah beliau mula mendalami setiap perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kejadian alam semesta.

Tahun 1999. Selama setahun apabila pulang ke tanah air, beliau meneruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan di dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit yang menjurus kepada konsep alternatif dan berasaskan Sains Fizik dan Kimia. Beliau telah membuat penyelidikan dengan merawat secara percuma lebih 500 orang pesakit di seluruh pedalaman tanah air. Manakala pesakit-pesakit diberi rawatan secara percuma. Beliau telah berjaya menggabungkan ketiga-tiga elemen ini untuk melengkapkan bidang biologi sebagai asas untuk menjadikan ia sebagai satu bidang perubatan baru iaitu Bio-magnetik Hidroterapi Ais yang moden dan diasaskan pada tahun 1997sehinggalah lahirnya perubatan berkonsepkan terapi warna dan getaran. Setiap penemuan beliau dihasilkan dalam bentuk yang boleh digunakan dan menghasilkan beberapa formula tertentu yang dibuktikan keberkesanannya. Salah satu formula yang dihasilkan oleh beliau adalah set NW ( formula gelombang tenaga bunga-bungaan dan floral yang menjadi persamaan teori sel dan tenaga ). Kemudian beliau menyusun tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga, dan memperolehi kedoktoran MD(M.A) pada 1998 oleh The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM) di bawah naungan WHO dan United Nation. Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis yang bertajuk “Ruang, Masa dan Sel ” .

Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau telah banyak membuat kajian secara klinikal di dalam mengkaji kesan tenaga warna melalui bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan (floral) terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi serta fizikal serta hubungkaitnya dengan tubuh manusia.

Pada awal 1999, berkat usaha gigih, beliau berjaya mengasaskan Colour Vibration Therapy menerusi penyelidikan dan menggunakan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi  dengan penyakit melalui konsep rawatan Bio-magnetik hidroterapi ais. Satu kebanggaan pada beliau yang telah mengeluarkan peruntukan jutaan ringgit untuk membangunkan Pusat penyelidikan dan pembangunan CVT tanpa membuat pinjaman dari mana-mana badan kewangan. Beliau mengambil langkah berani apabila memperkenalkan konsep rawatan Hidroterapi Ais sebagai kaedah perawatan penyakit yang pertama seumpanya di dunia. Ia juga dikenali sebagai Bio-Magnetik Hidroterapi. Teori penyakit dalam kajian atom di dalam alam mula terbentuknya struktur ikatan berbagai macam unsur. Dalam konsep Bio-magnetik Hidroterapi Ais merupakan satu rawatan mengubah penyakit (massa) menjadi sebuah energi. Menerusi konsep rawatan ini juga menjelaskan reaksi Fisi dan Fusi. Di mana terdapat unsur-unsur di  alam semesta serta peranannya dan juga keteraturan dan keseimbangan. Keajaiban berbagai unsur dalam memahami penyakit disamping fungsi dan peranan elektron dalam karakter manusia sebagai rawatan.

Untuk merealisasikan konsep perubatan ini beliau telah menganjurkan satu majlis Konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004 dan melalui majlis tersebut beliau telah mendapat anugerah Kongres Sedunia yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah Kongres Sedunia yang dianjurkan diseluruh dunia, dan di atas penghargaan tersebut beliau telah dianugerahkan sebagai penganjur Majlis World Congress Cemerlang serta merelisasikan persetujuan kerjasama bersama OIUCM.

Pada tahun 2004, penganjuran kali pertama konvokesyen Faculty Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ianya disempurnakan sendiri oleh Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Prof. Dr Sir Anton Jayasuriya pada Majlis Kongres Sedunia di Shah Alam, Selangor pada tahun yang sama.

Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Professor pada majlis penganugerahan yang diadakan di Sri Lanka. Ianya sebagai pengiktirafan di atas hasil kajian beliau mengenai Hidroterapi Ais dan selain daripada pencapaian serta usaha yang diiktiraf sepanjang penglibatan dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari.

Anugerah diperolehi oleh beliau ialah “Knight Commander of Charity” iaitu anugerah kepimpinan dalam kebajikan khususnya menerusi bidang perubatan integratif secara global, melalui majlis “World Congress of Integrated Medicine ke 45 tahun 2007” yang diadakan di The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM), Colombo Sri Lanka pada November 2007. Majlis yang dihadiri lebih 1500 delegasi daripada seluruh dunia menyaksikan pengiktirafan yang begitu bermakna kepada Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab dan juga CVT serta negara kita, Malaysia khususnya.

Pada 11 Julai 2010, beliau telah mendapat anugerah PAX MUNDI PEACE bertaraf PRIXINTERNATIONAL DIPLOMATIK 1950 – 1961 dalam satu majlis ‘48th Anniversary Year Medicina Alternativa World Congress Of Integrated Medicines’ yang di adakan di Kuala Lumpur.

Beliau juga banyak menyumbangkan bahan-bahan ilmiah yang disiarkan menerusi media cetak termasuk akhbar dan majalah. Pada tahun 2010, beliau telah melantik Tan Sri Norian Mai bekas ketua polis negara sebagai penasihat undang-undang di Colour Vibration Therapy Sdn Bhd.

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

2017

Pengiktirafan Khas dari Kementerian sumber Manusia , Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam Bidang Hidroterapi Ais Malaysia

PAX MUNDI PEACE bertaraf Prix International Diplomatik 1905 – 1961

2010

Pada satu majlis 48th Anniversary Year of Medicina Alternativa World Congress of Intergrated Medicines 2010, Open International University for Complementary Medicine-11th July 2010 Kuala Lumpur Malaysia.

2007

Knight Commander “Knights of Charity” “Knight of Malta Sir”

2006

Professor (Emeritus)

2014

Knight “Knights of Malta”
Sir
Anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Medicina Alternativa (Alma Ata 1962), Lord Sir Dr. Anton Jayasuriya. Serentak dengan anugerah kecemerlangan sebagai penganjur terbaik Kongres Sedunia Perubatan Komplementari Antarabangsa yang cemerlang sepanjang 40 tahun dalam sejarah kongres sedunia di adakan diseluruh dunia, yang dilakukan serentak dengan Majlis Konvokesyen Fakulti Universal Science Colours, Colour Vibration Therapy.

2002

Professor
PHD, The Open International University for Complementary Medicines (OIUCM)

1998

Doktor
M.D (M.A), (OIUCM)