APAKAH KONSEP PERUBATAN CVT?
Perubatan CVT berkonsepkan keharmonian dan keseimbangan ‘energi’ dalam badan manusia. Konsep Kaedah perawatan melalui empat fasa atau turut dikenali sebagai 4 dalam 1 iaitu
- Kelegaan (fasa 1)
- Penyembuhan (fasa 2)
- Pencegahan (fasa 3)
- Pertahanan (fasa 4)
Kaedah rawatan CVT bersifat semulajadi di mana merawat sel-sel yang sudah lemah seterusnya mengembalikan tenaga dan semangat kepada pesakit akan kembali normal seperti asal. CVT dalam rawatan menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna.
Formula rawatan CVT mampu mambantu pelbagai jenis ketidak harmonian kesihatan merangkumi spiritual, emosi, mental dan fizikal. Dengan menggunakan teknologi gelombang tenaga bunga (floral) mengikut antidot iklim yang tepat bagi tujuan kestabilan, keharmonian, dan keseimbangan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Ini membuktikan rawatan tradisional mandi bunga sebenarnya amat praktikal dan dapat diterapkan dengan cara moden melalui kaedah hidroterapi Ais.