Mengenai Colour Vibration Therapy (CVT)

We have been operating for 15 years. Learn more about our laboratory, news and articles.
APAKAH KONSEP ASAS CVT???

Ilmu bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu –ilmu dengan islam.

Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat kerana mereka lahir dari sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka proses pengislaman ilmu amat penting supaya manusia dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalam sistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar, manusia mengamalkan keadilan dan keadilan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Dan atas dasar inilah Colour Vibration Therapy (CVT) lahir melalui ilmu pengetahuan dengan falsafah yang diasaskan oleh tokoh perubatan alternatif melayu yang berkonsepkan islamisasi ilmu.
PERMULAAN

Lahirnya CVT

Pengkajian dan perkembangan teori atom yang ada di alam bermula dari asal mula terbentuknya struktur ikatan, tenaga massa ( jisim/tulang ) yang ada di alam dan diri manusia, serta bagaimana mungkin atom dapat menjadi bahan perawat pada setiap benda hidup menjadi titik permulaan lahirnya CVT. Konsep perubatan yang paling rasional dan bersifat ilmiah pada masa kini adalah bagaimana sebuah massa ( jisim/tulang ) bertukar menjadi sebuah ‘energi’. Meskipun kelihatan singkat, ringkas dan mudah tetapi teori atom telah membawa kepada perubahan besar dalam perkembangan ilmu perubatan khususnya CVT.

CVT turut mengkaji dan memahami bahawa 4 unsur sebagai rahsia alam yang paling besar dan membentuk dengan diri manusia sebagai pengimbang secara keseluruhan iaitu:

OBJEKTIF KORPORAT

Kesejahteraan di sudut kesihatan tidak akan tercapai tanpa ilmu. Ilmu diterokai berdasarkan kajian dan penemuan semasa.Kurikulum ilmu perubatan pada hari ini masih menekankan penyakit, ubat-ubatan, prosedur rawatan dan pengenalan sel serta jasad. Sebenarnya intipati persoalan dan permasalahan yang berhubung kait timbulnya penyakit yang berpunca daripada kejatuhan nilai akhlak dan jiwa sehingga memberi kesan kepada alam semula jadi yang turut sakit.

VISI

Menjadi sebuah institusi yang terulung dalam memartabatkan perubatan alternatif dan komplementari melalui gabungan seni sains kesihatan, kuantum fizik serta islamisasi ilmu dirantau ini yang sentiasa meneroka khazanah alam dan berinovasi dalam penyelidikan, pengkajian dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh manusia serta menjadi institusi yang dipercayai, dihormati dan disegani dalam bidang penyelidikan dan perawatan kesihatan disamping melahirkan insan yang berilmu, berakhlak terpuji dalam disiplin ilmu seterusnya berbakti kepada masyarakat dengan ilmu kesihatan yang berteraskan wadah-wadah islamisasi.

MISI

  • Melahirkan pengamal – pengamal yang berdedikasi dan komited dalam seni perawatan CVT.
  • Pengamal – pengamal yang dapat mengawal ruang dan masa dalam perjuangan membina keharmonian unsur sejagat.
  • Pengamal – pengamal yang sentiasa bersedia menjurus ke arah redha, ikhlas, sabar dan hening.
    CVT sebagai sebuah pusat sumber utama yang terulung dan berdinamik dalam segala aspek.