Ilmu bersifat sejagat dan tidak ada pemisah antara ilmu –ilmu dengan islam. Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat kerana mereka lahir dari sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka proses pengislaman ilmu amat penting supaya manusia dapat mengetahui cara untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalam sistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar, manusia mengamalkan keadilan dan keadilan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Dan atas dasar inilah Colour Vibration Therapy (CVT) lahir melalui ilmu pengetahuan dengan falsafah yang diasaskan oleh tokoh perubatan alternatif melayu yang berkonsepkan islamisasi ilmu.
Pengkajian dan perkembangan teori atom yang ada di alam bermula dari asal mula terbentuknya struktur ikatan, tenaga massa ( jisim/tulang ) yang ada di alam dan diri manusia, serta bagaimana mungkin atom dapat menjadi bahan perawat pada setiap benda hidup menjadi titik permulaan lahirnya CVT. Konsep perubatan yang paling rasional dan bersifat ilmiah pada masa kini adalah bagaimana sebuah massa ( jisim/tulang ) bertukar menjadi sebuah ‘energi’. Meskipun kelihatan singkat, ringkas dan mudah tetapi teori atom telah membawa kepada perubahan besar dalam perkembangan ilmu perubatan khususnya CVT.
CVT turut mengkaji dan memahami bahawa 4 unsur sebagai rahsia alam yang paling besar dan membentuk dengan diri manusia sebagai pengimbang secara keseluruhan iaitu angin, sebagai rahsia nitrogen (warna diri putih – level spiritual), Api sebagai rahsia Oksigen (warna merah jambu – level Emosional), Air sebagai rahsia Hidrogen (warna diri hijau – Level Mental) dan Tanah sebagai rahsia Karbon (warna diri biru – level Fizikal).
Setiap penyakit itu ada penawarnya dan itulah ketetapan Ilahi. Syaratnya manusia perlu mengkaji ilmu dan memahami ketetapan dan peraturanNya maka akan terbukalah rahsia yang perlu diketahui. Rahsia penawar sesuatu penyakit itu sebenarnya berpunca daripada apa yang anda lihat, dengar , fikirkan dan rasa ( perbuatan / amalan ). Itulah racun dan itulah juga penawarnya. Titik noktahnya, CVT berusaha mendidik dan berkongsi secara ilmiah pengetahuan pendidikan kesihatan melalui konsep perubatan dan rawatan kepada masyarakat untuk sama-sama menilai dan berkongsi ilmu yang akhirnya dapat menjelaskan keesaan Tuhan yakni ALLAH SWT.