Family Home Spa Ice Therapy
Family Home Spa Ice Therapy bukan sahaja menawarkan mandian Hidroterapi Ais malah menawarkan pelbagai rawatan alternatif lain seperti urutan seluruh badan,bekam, akupunktur, refleksologi, fisioterapi dan juga rawatan tradisional selepas bersalin.
Family Home Spa Ice Therapy merupakan anak syarikat rasmi CVT yang bertempat di Seksyen 11, Shah Alam. Ianya menawarkan segala jenis rawatan alternatif yang disediakan oleh pihak CVT. Untuk sebarang masalah/penyakit yang dihidapi bolehlah berkunjung terus ke Family Home Spa Ice Therapy dan berjumpa dengan doktor yang bertugas jika ingin melakukan diagnosis.
Senarai Rawatan di Home Spa Ice Therapy | Harga |
---|---|
1x Mandian | RM150 |
3x Mandian | RM450 |
5x Mandian | RM550 |
7x Mandian | RM750 |
9x Mandian | RM900 |
Mandian Full Moon (Kalendar Bulan Islam) | RM200 |
Perawatan Bio-Quantum HDA
Keberkesanan dalam perawatan Bio-Quantum HDA
- Hampir tiada kesan atau tindakbalas negatif yang ditinggalkan
- Sel-sel tubuh menjadi begitu bersedia untuk mengenalpasti dan mengusir sebarang ‘patogen’ unsur asing yang biasanya menjejaskan sel-sel sihat sebagai perumah kepada virus
- Rawatan ini memberi kesan kelegaan dengan cepat dan kestabilan dapat dirasakan dalam jangka masa yang panjang
- Terapi dengan aroma yang menyerap ke dalam tubuh melalui pernafasan dan aliran darah yang merangsang sistem pertahanan daripada serangan kuman yang mengganggu paru-paru
- Sebagai pewangi dan pencetus semangat melalui aroma terpilih sebagai alternatif baru kehidupan lebih bertenaga
- Mengimbangi suhu dan tekanan luaran dan dalaman tubuh
- Meningkatkan kekuatan imun sebagai langkah pencegahan dan pertahanan daripada virus penyakit berjangkit seperti HIV
- Mengawal dan memperbaiki denyutan nadi pada sistem saraf yang gagal berfungsi agar mempunyai daya tindakbalas yang konsisten dan tepat melalui sistem jantung
- Meringankan kesakitan angin dan memperbaiki fungsi serta peredaran darah ke otak
- Boleh mengecut dan menghapuskan ketumbuhan barah, lymphoma (bahagian limpa) dan leukimia tanpa pembedahan, radiasi atau kemotrapi
- Berupaya meredakan kebengkakan
- Menyingkirkan kuman daripada kesan luka yang terdedah
- Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan di dalam darah melalui tekanan daripada air
- Terapi ais ini dapat menukarkan berbagai bahan keracunan di dalam tubuh untuk digunakan semula sebagai antidot yang tepat sebagai penawar
- Mampu memecahkan darah beku
- Tisu-tisu tubuh yang sihat tidak akan mengeluarkan sel-sel tumor apabila terapi ini dilakukan. Kebanyakan bakteria tidak lagi berupaya meneruskan pembiakan yang di luar kawalannya apabila kadar suhu di persekitaran tubuh menjadi seimbang
- Oksigen dan nitrogen bersatu di dalam terapi ais sehingga dapat diserap 40 kali lebih cekap, berkesan dan menyeluruh
- Pada peringkat pertama terapi ini peningkatan interferon gamma sehingga 1000 peratus berlaku, di mana sel-sel yang tidak normal akan dimusnahkan sebelum merangsang penghasilan sel-sel normal yang baru
- Meningkatkan kadar metabolisma dan menambah aktiviti sel serta meningkatkan sistem imunisasi
- Perlindungan daripada serangan penyakit moden seperti pelbagai pencemaran radiasi
- Air beralkali meningkatkan kadar ion negatif dan garam mineral potassium dan kalsium di samping mengawal kadar sodium dalam darah (pembersihan darah)
- Berkesan ke atas penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular serta arteriosklerosis (berkenaan jantung) dengan cara mengatur semula peredaran darah serta-merta
- Menegang dan mengatur semula sistem pembuluh dan darah yang teranjak dan terlipat
- Dapat merendahkan tekanan pada usus kecil dan perut bagi rangsangan penghasilan enzim dan menyeimbangkan kadar metabolisma
- Proses yang mampu memberi tenaga bagi pertumbuhan sel-sel tubuh
- Begitu ketara di dalam pencegahan penyakit dalaman
- Tanda-tanda atau bekas kekuningan, kebiruan atau kehitaman dapat dihilangkan
- Amat berkesan terhadap semua jenis penyakit seperti rheumatoid dan arthritis
Apabila terapi ini dilakukan bahagian tubuh yang pertama mendapat manfaatnya adalah tulang, ini bermakna tulang akan memperolehi lebih manfaat dari terapi ini. Fenomena yang berlaku ini amat penting di mana tulang merupakan binaan penting kepada sistem kekebalan atau pertahanan badan. Bagi tujuan merawat apa saja penyakit yang dihidapi adalah disarankan untuk mengembalikan kekuatan tulang. Untuk mengembalikan kekuatan tulang ais sebagai medium yang tepat dan efektif mampu menyusun semula sel-sel tulang dan mengembalikan memori tulang. Tulang yang sihat asas kepada pembinaan sistem imun badan dan dapat meningkatkan keseluruhan sistem badan dikuasai tenaga pada kekuatan kesihatan tulang. Jestru, tulang yang sihat membuktikan tahap kesihatan individu.
Imbangi tahap kesihatan melalui Bio-Quantum HDA merupakan cara yang paling selamat dan ekonomi
- Sangat ekonomik dengan kos berpatutan
- Tidak menyakitkan
- Amat menjimatkan masa
- Tiada kesan sampingan yang memudaratkan
- Tidak rumit dan tiada risiko yang memungkinkan terjadinya kesilapan teknikal
- Terapi ini dapat membuktikan betapa penghasilan sel darah putih yang penting untuk melindungi tubuh akan meningkat dan kekal untuk jangka masa yang panjang
- Anda akan lebih tenang, tenteram dengan keselesaan dalam kehidupan dan tidak ditembusi gelombang-gelombang yang memudaratkan nilai kehidupan
- Pencetus isyarat kepada otak dengan oksigen yang menyegarkan yang hanya terdapat di dalam air yang dirawat semula
- Meningkatkan tenaga bahagian otak bagi keseimbangan pemikiran dan psikologi
Air mempunyai efek-efek rifleksif yang luar biasa kerana diberikan tekanan apabila dimasukkan ais ke dalamnya.
Kesan – kesan positif yang menakjubkan
- Kuku menjadi lebih kuat
- Rambut mereka tumbuh dengan semakin lebat
- Mengembalikan tenaga hilang dan menghilangkan keletihan
- Tahap imunisasi sangat kebal
- Kulit semakin cerah kemerahan membuktikan peredaran darah yang baik
- Mudah tidur dan begitu lena
- Meningkatkan tahap kesuburan semula pada wanita yang telah menopause
Keseimbangan Segera Kepada Tahap Psikologi Dengan Terapi Bio-quantum Hidroterapi Ais
- Anda akan lebih tenang dan tenteram dengan keselesaan selepas 15 minit anda berada di dalam terapi ais yang sedang dijalankan
- Wangian pati bunga Seri Wajah akan menjadi pencetus isyarat kepada otak dan akal fikiran
- Aliran energi ke bahagian otak bersatu semula pada bahagian tubuh untuk membangkitkan semula energi vital (Will power) yang telah terpendam sekian lama
- Kuasa magnetik otak pulih serta-merta melalui satu kejutan di samping menghidupkan jiwa yang telah kosong
- Rasa bisa, kesakitan, kaku dan lemah-lemah pada sendi dan otot terasa lega apabila titik-titik saraf distimulat semula apabila diberikan tekanan
Satu kaedah baru dan terkini diadapatasi dengan penggunaan ais secara maksima dengan teori tekanan bunyi (gema) yang sangat relevan pada asas berbagai teori sains. Terapi bio-quantum Hidroterapi Ais amat menilai kepentingan tahap imunisasi, antibodi, hormon dan kelenjar tubuh yang perlu dirangsang melalui kulit sebagai reseptor kepada segala bentuk isyarat sebelum dihantar ke otak untuk diproses. Sel-sel tubuh memerlukan energi untuk bekerja semula dan bahagian paling dasar adalah disasarkan pada tulang
Rawatan Bio-Quantum HDA menggunakan kulit sebagai jentera perawatan paling efektif
Konsep sains fizik dengan memerangkap berbagai rupa bentuk getaran gelombang frekuensi warna dan bunyi di sekiling kita dan mengubahkannya untuk menerbitkan penghantar elektron secara elektrokimia di dalam sel tubuh melalui kulit sebagai gentian saraf motor ke sistem saraf otonomik bahagian simpatetik ke Hipotalamus.
Wajah – melalui keseluruhan reseptor kederiaan yang paling cekap dalam reaksi tindakbalas gelap
Hidung – gelombang bunyi yang melalui hidung akan bertindak sebagai penawar yang membekalkan nitrogen kepada semangat kerohanian pesakit. Ia umpama ubat penenang yang akan melahirkan rasa kasih dan sayang pada diri sendiri.
Mata – gelombang cahaya dan bunyi yang akan masuk melalui mata pula akan bertindak seumpama ubat penahan sakit agar pesakit mempunyai daya tumpuan, kekhusyukkan dan menimbulkan rasa tenteram dan damai.
Lidah – gelombang bunyi yang bergetar melalui lidah melahirkan rasa ceria, riang dan gembira kepada pesakit supaya ia sentiasa aktif dan bertenaga.
Reseptor Kulit
Alasan mengapa Kulit sebagai jentera tubuh yang paling efektif adalah berdasarkan bagaimana muatan elektrik atom ditentukan oleh elektron-elektron yang juga berada pada kulit luar inti atom. Penyusunan semula molekul dalam kombinasi berbeza menimbulkan keaneka ragaman ikatan kimia yang mendasari material disekitar kita. Ini bermakna rawatan dari luaran melalui kederian reseptor kulit amat selamat dan menepati hukum bio-quantum semulajadi dengan meneutralkan riaksi kimia dengan gerakan dan sentuhan pada gerakan elektron pada variasi ikatan kulit yang boleh fleksibel. Molekul garam dengan (NACI) adalah salah satu unsur kimia yang dapat terbentuk oleh riaksi kimia dalam terapi bio-quantum HDA ini.
Gelombang elektromagnetik dengan rangsangan pada reseptor gentian atau optik saraf pada bahan pewarna pigmen melanin di kulit berinteraksi tepat dengan frekuensi warna sel tumbuhan dan berkadar terus dengan getaran frekuensi warna sel berlainan organ yang tertentu dan bertindak sebagai penghantar mesej atau isyarat ke kelenjar di otak melalui neuron penghantar di dalam pusingan darah dengan kawalan pusat di pineal sebagai prisma warna dan menjana semula kepada pengimbang tenaga sel-sel saraf secara terus menerus mengimbangi tisu, organ dan sistem fisiologi tubuh ke arah penyembuhan yang maksimum.
Bio-Quantum Hidroterapi Ais
Bio – Quantum Hidroterapi Ais dikatakan sebagai terma terkini yang begitu bersantai dengan menggunakan kaedah teraputik rendaman ais berkonsepkan bio-quantum untuk rawatan kesihatan dan kecantikkan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1997. Sejak diawal penubuhannya hingga hari ini CVT telah berjaya merawat hampir 50,000 orang pesakit dari seluruh dunia.
Rawatan bio-quantum Hidroterapi Ais diperkenalkan bagi tujuan ‘wellness’ atau penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Ia bukan semata-mata dapat dimanfaatkan untuk perawatan pencegahan, kesegaran dan kecantikan namun lebih utama bertujuan untuk rawatan kepada penyakit akut mahupun kronik. Bentuk kaedah rawatan yang dapat dilalui secara bersantai, ringkas, cepat, efektif, selamat tidak menyakitkan dan ekonomik. Kewujudannya telah memberi impak besar khusunya dalam industri perubatan selain dapat memenuhi keperluan pasaran apabila mampu mengisi kekangan kepada masalah kos perubatan moden yang melibatkan operasi pembedahan dan pembuangan organ, prosedur rawatan yang menyakitkan serta kesan sampingan daripada pergantungan pada preskripsi yang berpanjangan.
Terapi bio-quantum Hidroterapi Ais merupakan suatu kaedah rawatan yang menggunakan air yang dirawat iaitu air hidrogen oksigen dan ais sebagai medium rawatan. Bio-quantum Hidroterapi Ais dipertingkatkan teknologinya dengan menggunakan teknologi eletron yang mengaplikasikan sistem energi medan magnetik point zero energi dengan memerangkap tenaga bunga melalui medium pati bunga Seri Wajah dan Formula NW serta penggunaan beberapa bahan-bahan unik yang digabungjalinkan. Umpamanya, natrium-klodrida/garam, hydronatrium (NaHCO3), kapur/slaked lime/calcium hydroxide dan sulfur.
Bahan-bahan tersebut sebagai asas medium rawatan amat berkesan untuk rangsangan tindak balas dengan pengaruh alam sekitar. Penggunaan bahan semulajadi sebagai medium asas dalam rawatan hanya akan memberi kesan atau riaksi kepada unsur-unsur tenaga yang berada di dalam tubuh kita yang berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Terapi yang tidak menggunakan bahan asas semulajadi seringkali tidak menjaminkan penyembuhan kerana matlamat sebenarnya hanyalah untuk kelegaan yang bersifat sementara. Hanya medium asas semulajadi jika digunakan secara tepat dan melalui pembuktian secara saintifik akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.
Rawatan Bio-Quantum Hidroterapi Ais telah diinovasi dengan suntikkan teknologi mengikut kesesuaian konsep rawatan bertujuan dapat memberi kesan yang lebih baik dan efektif dalam terapi ini. Penginovasian serta kupasan evidience base medicine kaedah terapi ini diilhamkan oleh Prof. Emeritus Dr. Norhisham Wahab, bermula dengan:
EVIDENCE BASED TERKINI gabungan unik beberapa elemen-elemen bahan utama perawatan:
- Formula aromaterapi Seri Wajah diformulasikan dari gabungan beberapa jenis pati bunga asli melalui teknologi getaran atau elektron. Pati bunga digunakan adalah berdasarkan terdapatnya fenomena senyawa kimia dalam proses pembiakanya. Keadaan ini menyebabkan ianya memiliki zat-zat hidup yang boleh digunakan dalam terapi yang bersifat semulajadi. Pati bunga Seri Wajah terdiri daripada komposisi molekul-molekul atom pati bunga yang bersifat semulajadi dirumuskan menjadi lebih halus dan aktif melebihi teknologi nano. Teknologi nano yang dihasilkan sebenarnya tidak mampu bersaing mencipta keunikkan molekul-molekul aktif pati bunga yang lebih bersifat alamaiah atau semula jadi. Zat pati bunga atau senyawa kimia seperti pati bunga ros sahaja telah memiliki beratus-ratus senyawa kimia atau zat yang aktif yang tak munkin terdapat dalam sebarang jenis unsur yang seumpamanya. Rasionalnya ialah penyakit kronik yang membabitkan kegagalan fungsi organ dapat dirangsang semula kekuatan bio-quantum energi organ yang bermasalah walaupun ia mengalami kerosakan tisu seperti kanser. Mandian dengan pati bunga Seri Wajah pula akan menjana semula meridian atau jaluran energi untuk melancarkan isyarat elektrik atau kominuikasi sistem tubuh atau komunikasi tubuh secara dua hala iaitu perhubungan sistem endokrin dan sistem saraf. Pati bunga Seri Wajah menumpukan kepada faktor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem immune dan antibodi untuk merembeskan hormon, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau mengandungi keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar racun menjadi bahan potensi yang memiliki daya bio-quantum bagi keperluan rohani seseorang yang akan memberi kesan kepada fizikalnya secara efektif. Selain itu pati bunga Seri Wajah turut berfungsi sebagai:
- Telah diberi rakaman gelombang dalam frekuensi yang tertentu dalam ukuran spektrum warna cahjaya pelangi mampu merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual, sistem imun, melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut, telinga, mata dan hidung.
- Bersifat oksidasi yang sangat kuat dan sangat efektif untuk kerja-kerja disinfektif (membunuh kuman) detoksifikasi (meneutralkan zat beracun) dan deodoransi (menghilangkan bau busuk) dalam air dan udara.
- Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada aromaterapi ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
- Minyak pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan riaksi spektrum (molekul struktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.
- Menyimpan kesan-kesan bunyi (gema) yang stabil.
- Cepat mengesan gema (niat) seperti doa untuk menambah kesan penyembuhan dalam rawatan.
- Formula NW dalam frekuensi tulang sebagai medium penghantar energi yang paling efektif pada reseptor lidah melalui sukros sebagai medium pembawa frekuensi yang dirakam di dalamnya. Menjalankan fungsi dengan menghantar isyarat atau impuls melalui neuron neurin ke otak untuk dianalisa sebelum dihantar semula ke tulang. Formula NW telah dipertenagakan menurut konsep warna melalui kelajuan cahaya dan getaran bunyi dalam formasi gelombang audio berfrekuensi rendah yang dihantar kepada sistem kelenjar untuk memproses semula keperluan enzim dan berbagai jenis asid amino semulajadi yang menjadi keperluan sel-sel yang telah mengalami kepincangan atau ketidakseimbangan. Secara istilahnya, ia bukanlah penawar, kerana penawar semula jadi sebenarnya telah sedia ada di dalam tubuh setiap individu itu sendiri yang merupakan racun atau toksin yang telah lama terpendam dan terbeban di dalam organ hati.
- Air sahaja yang mampu menyusun bunyi (gema) dalam badan manusia. Oleh itu air biasa telah dirawat semula menghasilkan air ion hidrogen dan oksigen bersifat alkali dengan kekuatan penyahtoksid hingga ke tahap plasma, mengaktifkan pengoksidaan dengan mengurai bahan kimia atau toksid dalam tubuh yang banyak terperangkap pada memori kulit. Air yang diaktifkan dengan ion hidrogen-oksigen bersifat stabil dan diketahui berupa radiasi spektrum cahaya dengan kuantum energi diskrit dengan osilasi partikel bermuatan dalam suatu medan magnet yang disebut proton. Air yang mengandungi ion hidrogen dan oksigen juga berfungsi mensterilkan kuman pada suhu air sejuk. Kelebihan menggunakan air yang telah dirawat dengan ion hidrogen dan oksigen adalah lebih efektif untuk proses penyahtoksid yang terpendam di dalam tubuh yang menjadi punca kepada berbagai gejala penyakit. Selain memiliki elektrolit cas-cas negatif serta tinggi kadar oksigen. Maka sangat tepat jika rawatan menggunakan kuasa air (hidrigen) lebih praktikal dalam menyusun semula tahap-tahap energi secara lebih harmoni pada seluruh tubuh.
- Garam kasar/Natrium chlorida dengan kombinasi ais akan mengaktifkan kekuatan kepada energi tulang. Kombinasi gabungan garam menjadikan bahan antara yang lebih berionik. Garam dapat dilihat berbentuk kristal akan membiaskan cahaya menjadi ultra violet secara semula jadi yang akan memusnahkan gelombang-gelombang infra red. Merangsang proses pemanasan darah secara langsung membantu memanaskan tubuh di dalam air dan menambahkan oksigen dalam darah. Mencairkan darah yang beku. Mempercepatkan proses tindakbalas ke dalam tubuh melalui aliran darah hingga ke tahap tulang sum-sum dalam mandian ½ jam. Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air semasa proses rawatan berlangsung. Mengeluarkan gas dan karbon dioksida yang terperangkap di dalam aliran darah. Memecahkan gula yang terperangkap di dalam aliran darah. Garam juga berfungsi sebagai pengalir atau elektrolit cas-cas negatif yang cekap di dalam air. Garam yang bertindakbalas dengan air akan lebih menstabilkan suhu tubuh (Homeostasis). Garam juga sebagai pembasmi kuman, bakteria dan meneutralkan air yang tinggi kandungan klorin.
- HydroNatrium (NaHCO3) akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan dalam air rendaman seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya. Ia turut bertindak sebagai pemangkin pada tindakbalas oksidasi air yang lebih berkesan untuk meneutralkan kulit. Kesannya dapat dilihat pada air rendaman mengikut tahap dan klasifikasi penyakit yang dihidapi.
- Kapur/slaked lime/calcium hydroxide bersifat panas dan bertindak mempercepatkan ais menjadi cair. Disamping meningkatkan suhu di dalam darah. Membina semula kekuatan jisim tulang dan merendahkan suhu di dalam tulang. Tulang dan kapur satu kombinasi yang sama adalah rahsia kapur. Tulang yang sihat akan merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Gabungan kapur dan garam akan berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam tubuh. Tulang yang sihat berada dalam keadaan suhu yang rendah dan suhu darah lebih tinggi dari suhu tulang.
- Sulfur sebagai bahan detoks untuk meneutralkan toksid atau racun-racun berbisa di dalam tubuh, seperti bisa-bisa yang terpendam di dalam hati atau hempedu dan kesannya dapat dilihat tindakbalas air rendaman rawatan bertukar menjadi kuning. Sulfur turut bertindak sebagai bahan mengurai dan merangsang kerja-kerja enzim pada sistem penghadaman.
- Tea-tree oil berfungsi sebagai anti-septic untuk melemahkan kuman.
- Aromatherapy Shower Gel. Penggunaan gel mandian ini adalah untuk memperkayakan penghasilan buih bagi tujuan memerangkap radiasi buruk dalam bentuk gas yang terbebas keluar dari tubuh ketika terapi dijalankan. Disamping dapat meningkatkan kadar oksigen pada kulit. Bertindak sebagai agen pembersih dalam proses terapi. Dapat menambahkan kesegaran atau mengaktifkan oksigen melalui melalui haruman semulajadi.
- Mesin ionizer hidrogen berfungsi sebagai peralatan merawat air yang digunakan untuk menghasilkan air ion hidrogen oksigen alkali. Mesin tersebut menjanakan air ion hidrogen oksigen alkali bagi tujuan terapi yang lebih berkesan. Air ion hidrogen oksigen alkali yang terhasil memiliki lebihan elektron, oksigen terlarut yang tinggi selain rantaian molekul halus serta sifat alkali yang penting untuk meneutralkan asidifikasi.
- Mesin ozon bagi menjana ozon di dalam air. Ozon adalah 3 atom oksigen yang terikat bersama amat bertindakbalas di dalam air menghasilkan oksigen sebelum diserap oleh sel-sel tubuh
- Penggunaan lampu UV bagi menghentikan pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma yang tersebar dalam bentuk radiasi dari air dan terbebas ke udara. Kesan radiasi selalunya akan terbebas ke bahagian atas manakala unsur unsur berat akan memenuhi ruangan lantai. Lampu uv yang ditempatkan di atas syiling bilik rawatan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma yang radikal bebas yang merbahaya dalam bilik rawatan.
- Jet Jakuzi berfungsi melakukan gelombang gerakkan air. Air rendaman harus ada pergerakkan agar perlanggaran garam dapat bertindak mengecas semula ion-ion negatif berlangsung di persekitaran tubuh.
- Ozone air sterillizer-UV. Membasmi kuman dan bau dalam ruang bilik terapi.
- Fotile hood/ekzos fan. Berfungsi untuk menyedut keluar radiasi dan gas-gas yang terbebas semasa terapi.
- Air purifier. Digunakan untuk mengekalkan kesegaran ruang bilik terapi.
Mekanisma Kerja Terapi Ais
Rasional penggunaan ais di dalam terapi ini ialah sifat-sifat yang dimiliki amat memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang dirakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mencari sasaran atau kawasan berpenyakit sebelum mengharmonikannya.
CVT telah mengemukakan beberapa fakta-fakta yang mengagumkan tentang ais :
Evidence based :
- 4 dasar ais berperanan membantu proses penyembuhan iaitu:
- Kuasa menyerap (oksigen)
- Kuasa tekanan semula jadi hingga ke sel
- Kuasa merakam / menyimpan
- Kuasa meleraikan / peneutral – hidrogen -(tukarkan penyakit kepada karbon dioksida)
- Tubuh manusia adalah kesatuan atom yang lengkap, bila direndam dalam ais, tekanan ais akan menolak atau tidak membenarkan unsur-unsur berat (jisim berat) menyerap masuk ke dalam kulit tetapi jika mandi air suam ia akan berlaku sebaliknya
- Air sejuk (air dan ais) adalah perakam yang paling tepat untuk menghantar isyarat gelombang dengan cekap ke bahagian yang disasarkan
- Air sejuk dapat merakamkan semula segala bentuk tenaga asal dalam frekuensi yang rendah ke dalam sel-sel tubuh sebagai pembinaan semula jisim secara teratur, sama dan berterusan
- Ais menjadi bahan perencat kepada kecederaan akut
- Ais cepat mengesan gema walaupun dalam frekuensi yang paling tinggi atau rendah ia tetap mampu mengesan (1-7 Hz). Manakala air suam tiada tekanan
- Ais memberi kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium atau bahantara yang dapat menukar frekuensi tenaga yang di rakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mengharmonikannya. Air yang sejuk dapat mengembalikan memori pada sistem kederiaan kulit
- Ais sebenarnya bersifat panas apabila bertindakbalas ke dalam darah
- Ais adalah bahan yang boleh menggerakkan aliran darah dan sistem limfatik di dalam tubuh dengan begitu cekap melalui teori tekanan. Sel-sel tubuh yang tidak aktif dapat digetarkan semula dengan begitu pantas
- Ais apabila digunakan secara berulang-ulang dengan konsisten mampu merencat segala bentuk kerja-kerja sel, virus, kulat, bakteria atau mikroorganisma yang menghasilkan getaran tenaga yang tidak seimbang di dalam tubuh
- Ais mempunyai getaran tenaga yang begitu aktif dan berupaya memberikan tekanan ke dalam tubuh untuk meneutralkan kawasan tekanan rendah di dalam tubuh yang dipenuhi berbagai gas yang melemaskan sel-sel tubuh
- Zat-zat di dalam darah dapat diserap masuk secara larutan ke dalam sel-sel tubuh
- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai sebagai sistem penghantar tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh
- Rawatan menggunakan ais tidak menimbulkan iritasi atau keradangan kepada tubuh
- Dapat membebaskan suhu panas dari dasar tubuh dan dengan cepat dapat mempertahankan semula suhu asal tubuh secara normal
- Efektif menyimpan energi yang baik di dalam tubuh yang telah terurai dan mudah mengubahnya semula di mana zat dalam bentuk bebanan keracunan akan menjadi cair atau diwapkan ataupun menjadi zat padat
- Sifat ais yang bertekanan dapat menyerap dan menyah radiasi buruk di dalam tubuh
- Sifat ais mempunyai kombinasi elemen-elemen 90 peratus hidrogen dan 10 peratus oksigen
- Ais sangat fleksibel dan mudah dikonsumsi untuk menjangkau hampir ke seluruh permukaan dan dalaman hingga ke dasar tubuh
- Ais meningkatkan kadar kelajuan frekuensi bunyi berkali-kali ganda untuk menukar potensi tenaga
- Ais mampu berinteraksi dengan kulit dan bulu roma yang bertindak sebagai antena yang paling sensitif untuk rangsangan sistem kederiaan
- Ais akan memaksa otot bekerja dengan lebih efektif dan menguja semula mana-mana bahagian otot yang malas atau yang telah pasif
- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang kesedaran seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar
- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan
- Air sejuk akan menguatkan jisim tulang
- Komposisi struktur molekul atom air sejuk lebih stabil
- Air sejuk lebih peka kepada gelombang yang bersamaan dengan frekuensi sel-sel tulang
7 Keistimewaan dan kelebihan kualiti air sebagai mekanisma terapi ais
Evidence Based :
- Air ionik hidrogen oksigen yang dihasilkan yang bersifat alkali mempunyai kesan teraputik sesuai dalam apa jua perawatan untuk pelbagai penyakit
- Air yang mempunyai ion-ion negatif dengan efek-efek rifleksif mengubah pelbagai bentuk tenaga yang diperbaharui bagi keperluan tubuh secara langsung
- Air yang mempunyai lebihan elektron sebagai kesan elektrolit yang optima
- Air yang mempunyai tekanan dengan kandungan oksigen terlarut yang tinggi
- Air lembut dan mempunyai molekul halus dan aktif yang dapat menyerap ke dalam sel-sel tubuh yang terendam sepanjang tempoh rawatan
- Air yang mempunyai kandungan garam bagi membantu sirkulasi darah secara menyeluruh
- Air yang dirakam semula dengan getaran secara perpindahan tenaga daripada pati bunga Seri Wajah bagi mencari persamaan (resonans) dengan kelenjar pineal yang mengawal seluruh sistem tubuh
Secara asasnya, kunci bagi perawatan kaedah rawatan bio-quantum Hidroterapi Ais adalah satu gabungan elemen-elemen bahan dan peralatan dalam satu konsep yang unik dan dapat dibuktikan dan diterjemahkan secara ilmiah dan saintifik. Menjadikan terapi ini sebenarnya bertujuan untuk mengubah penyakit menjadi satu bentuk tenaga lain yang lebih berguna kepada tubuh.
Kaedah rawatan bio-quantum Hidroterapi Ais (HDA) menggunakan pati bunga aromaterapi Seri Wajah dengan kandungan molekul-molekul atom dalam pati bunganya begitu halus melebihi teknologi nano ciptaan manusia serta memiliki komposisi struktur yang sangat stabil disamping kaya dengan zat-zat kimia sebagai nutrisi yang paling aktif dan bersifat antioksida sebagai bahan utama bagi membantu meningkatkan jentera perawat yang dikuasai oleh kulit melalui konsep terapi magnetik aromaterapi.
Pati bunga Seri Wajah telah dirakamkan elektron dan akan memindahkan unsur tersebut ke dalam air rendaman yang diaktifkan dengan ion hidrogen oksigen yang cukup sederhana menguatkan teori elektromagnetik klasik yang menyatakan bahawa tubuh kita dikelilingi elektron kerana ia adalah partikal yang bermuatan yang bergerak dalam percepatan 10-4 detik dan terus menerus akan memancarkan radiasi (energi) lebih tepat, elektif dan berkesan. Penyakit yang menimbulkan berbagai gejala kesihatan pada dasar tubuh (sel-sel) dan organ tertentu yang telah mengalami kemerosotan elektron. Terapi bio-quantum HDA adalah cara bagaimana elektron dapat dipindahkan masuk ke dalam tubuh melalui reseptor kulit mengikut frekuensi secara bertahap bermula daripada tulang hingga ke sistem kelenjar di otak.
Kesan daripada penggunaan Seri Wajah secara bertahap mengikut frekuensi akan menjadikan terapi ini mampu meningkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh secara teratur bagi rangsangan sistem tubuh bagi keseimbangan dan keharmonian secara menyeluruh. Keadaan ini juga berupaya menghalang jangkitan atau serangan penyakit ke atas tubuh.
Tubuh sebenarnya masih menyimpan tenaga dalaman dalam bentuk kuasa bio-quantum yang perlu dijanakan semula melalui teori tekanan Hidroterapi Ais. Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada Seri Wajah ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon-hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan bentuk-bentuk tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
Berbagai punca keracunan di dalam tubuh yang dikenalpasti di antaranya ialah amalan pemakanan dengan zat-zat yang berlebihan, gangguan persekitaran, jangkitan mikroorganisma, masalah halusinasi, lemah dalam psikologi, kecederaan lama yang terpendam atau masalah penyakit keturunan seperti saka di mana kesemua ini merupakan bentuk-bentuk tenaga yang mengubah emosi seseorang dan akhirnya bertukar menjadi penyakit.
Terapi dilakukan di dalam ruangan atau tab mandi ini amat mementingkan faktor rawatan ke atas seluruh tubuh melalui rendaman. Dengan mengenepikan bentuk-bentuk atau peralatan yang menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mencemarkan, terapi ini berlangsung di dalam situasi yang cukup merehatkan dan bersantai.
Dalam kaedah rawatan bio-quantum HDA, CVT telah menggariskan setiap petua dan adab-adab peraturan perubatan tradisional yang telah diterjemahkan secara sains fizik dan kimia. Kaedah rawatan ini membuktikan zat penyakit boleh dilihat dan bertukar bentuk secara zahir dalam riaksi kimia sewaktu proses terapi berlangsung. Berbagai peristiwa dalam rawatan bio-quantum HDA yang mempengaruhi karakter pesakit di awal rawatan hingga pada akhir rawatan. Bermula dengan membuang dan meleraikan radiasi dalam peleraian buih dalam rawatan ini.
Rawatan dengan kaedah bio-quantum HDA akan menjadikan pengaliran tenaga kembali lancar di mana gangguan emosi seperti stres dan tekanan dapat diatasi. Penyakit seperti kanser, HIV, masalah tulang, kerapuhan/bengkok tulang, athritis, sakit tulang belakang, cakra teranjak, TB, sinus, hernia, angin pasang, barah fibroid, menopause, masalah kesuburan, premestro, denggi, kolesterol, diabetes, gout, hipertensi, masalah penagihan dadah, asma, penyakit spiritual seperti gangguan unsur asing, saka, halusinasi dan lain-lain merupakan di antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini.
Justeru bio-quantum HDA adalah amat sesuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan pelbagai penyakit di alaf baru ini. Hingga hari ini telah lebih 13 tahun terapi ini dipraktikkan dan hasilnya begitu memberangsangkan. Ramai pesakit yang dirawat melalui kaedah ini amat berpuas hati dengan hasil dan kesan yang diperolehi.