Sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd (CVT) yang telah diasaskan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab pada tahun 1999.
Sedikit penerangan latar belakang Pengasas CVT, Prof. Dr. Norhisham Wahab yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21hb April 1960.

Ringkasan Profil CVT

Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd (CVT) diasaskan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab pada tahun 1999. Pada awal penubuhannya sebagai sebuah syarikat, beberapa produk dan formula yang berasaskan medium pati bunga aromaterapi dan sukros dalam konsep getaran cahaya, warna dan bunyi telah diperkenalkan dan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Inilah inspirasi berkembangnya CVT sehingga ke tahap ini.


CVTSB melalui rangkaian perniagaan di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia begitu dikenali dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara alternatif dan komplementari. Begitu besar manfaat daripada konsep CVT ini, Prof. Dr. Norhisham Wahab menubuhkan Institut Colour Vibration Therapy pada tahun 2000 untuk menyalurkan bahan-bahan yang berilmiah secara saintifik melalui kursus-kursus berbagai peringkat. Terdapat lebih 6000 pengamal yang telah mengikuti pembelajaran berilmiah CVT yang disampaikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab sendiri.


Tahun 2004 terlakarlah sejarah apabila Institut Colour Vibration Therapy memperolehi status fakulti kelayakan gabungan bersama dengan The Open International University for Complementary Medicines. Fakulti tersebut merupakan organisasi yang mengendali dan menganjurkan pengajian berbagai bidang kursus perubatan alternatif dan komplementari serta mendapat pengiktirafan daripada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Institut Colour Vibration Therapy telah dinaiktaraf kepada Faculty of Universal Science of Colour yang lebih berperanan sebagai organisasi yang lebih universal dalam mendidik dan menyalurkan ilmu berteraskan konsep seni sains kesihatan Colour Vibration Therapy.


Selaras dengan perkembangan itu, pada tahun yang sama, CVT diwarnai pula dengan penstrukturan semula yang lebih efisen, dinamik dan berwawasan khusus dalam bidang perubatan di Malaysia. CVTSB yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor dengan agihan saham bersama untuk mengembangkan agensi menjadi lebih profesional yang dinaung oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail Executive Chairman Puncak Niaga.

 

 

Definisi dan latar belakang CVT

Colour Vibration Therapy atau CVT adalah suatu konsep perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif dan komplimentari yang pertama seumpamanya menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya masa sebagai suatu keseimbangan alam semula jadi melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui Seni Sains Fizik Alamiah yang berasaskan Islamisasi Ilmu.


Diasaskan Oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab, CVT berusaha merapatkan diri manusia dengan alam semula jadi di sekeliling supaya keharmonian dan keseimbangan sejagat diperolehi. Manusia yang sihat dapat menjalani kehidupan ini dengan menilai dan menggunakan setiap inci kejadian alam semula jadi yang tercipta dengan kesempurnaan penciptaan.Namun bagi mereka yang mengalami penyakit, kehidupan dirasakan begitu lambat tidak banyak perkara yang dapat dilakukan berkaitan dengan alam semula jadi itu sendiri. Sebagai contoh mereka yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat memikirkan banyak perkara tentang alam semula jadi kerana aliran tekanan telah begitu membebankan pesakit tersebut.Akibatnya masa yang sepatutnya dapat diisi dengan perkara berfaedah telah dibebani dengan masa yang mengandungi ukuran frekuensi tinggi dan mengakibatkan keharmonian tubuh.


CVT juga berusaha memperkenalkan kaedah perawatan penyakit yang lebih ringkas dan mudah namun kesan terapeutiknya jauh berbeza berbanding kaedah lain. Dengan kemantapan disiplin dan kekerapan yang tinggi, pesakitlah yang sebenarnya berhak menentukan tempoh masa pemulihan penyakitnya. Ia bermaksud, semakin kerap pengambilan formula CVT, maka semakin cepatlah penyembuhan berlaku.


 

 

Sains Fizik dan Disiplin Ilmu

Sains Fizik merupakan satu bidang keilmuan yang pasti dan tepat, suatu disiplin ilmu yang dinamik, sentiasa bercambah dan berkembang. Ini terbukti dengan penemuan-penemuan sainstifik baru tentang fakta, konsep, prinsip, hukum, merumuskan teori-teori sains dan menghasilkan pelbagai bentuk teknologi baru. Namun begitu, kemampuan sains membongkar rahsia alam semesta akan menemui kebuntuan dan tidak akan membawa kemajuan yang lebih seimbang serta menguntungkan umat manusia sekiranya segala kegiatannya tidak berlandaskan agama.


Hukum Fizik adalah hukum alam semula jadi yang sememangnya menjadi asas dalam segala aspek kehidupan mengikut ketentuan atau ketetapan hukum Maha Pencipta. Berasaskan ini, Colour Vibration Therapy (CVT) dalam terapeutik perubatannya telah mengambil pendekatan seni sains dan metafizik membongkar keunikan hukum alam melalui rahsia getaran tenaga warna.


CVT sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik , melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.


Kajian mendapati penyakit moden yang dihidapi oleh pesakit disebabkan cara berfikir yang negatif seperti remeh temeh, berangan-angan dan memikirkan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan sebenarnya.

 

 

VISI DAN OBJEKTIF


OBJEKTIF KORPORAT

Kesejahteraan di sudut kesihatan tidak akan tercapai tanpa ilmu. Ilmu diterokai berdasarkan kajian dan penemuan semasa.Kurikulum ilmu perubatan pada hari ini masih menekankan penyakit, ubat-ubatan, prosedur rawatan dan pengenalan sel serta jasad. Sebenarnya intipati persoalan dan permasalahan yang berhubung kait timbulnya penyakit yang berpunca daripada kejatuhan nilai akhlak dan jiwa sehingga memberi kesan kepada alam semula jadi yang turut sakit.

VISI

Menjadi sebuah institusi yang terulung dalam memartabatkan perubatan alternatif dan komplementari melalui gabungan seni sains kesihatan, kuantum fizik serta islamisasi ilmu dirantau ini yang sentiasa meneroka khazanah alam dan berinovasi dalam penyelidikan, pengkajian dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh manusia serta menjadi institusi yang dipercayai, dihormati dan disegani dalam bidang penyelidikan dan perawatan kesihatan disamping melahirkan insan yang berilmu, berakhlak terpuji dalam disiplin ilmu seterusnya berbakti kepada masyarakat dengan ilmu kesihatan yang berteraskan wadah-wadah islamisasi.


MISI

• Melahirkan pengamal – pengamal yang berdedikasi dan komited dalam seni perawatan CVT.
• Pengamal – pengamal yang dapat mengawal ruang dan masa dalam perjuangan membina keharmonian unsur sejagat.
• Pengamal – pengamal yang sentiasa bersedia menjurus ke arah redha, ikhlas, sabar dan hening.
• CVT sebagai sebuah pusat sumber utama yang terulung dan berdinamik dalam segala aspek.

 


carta